Wednesday, July 8, 2009

Usaha dan Tawakkal

Assalamualaikum,
Tersangat lama ambe tidak mencatat di sini, bukan apa...cuma tidak berpeluang kerana kekurangan peralatan untuk mecurahkan idea.
Alhamdulillah, ambe baru aje langgan 3G celcom. Insya-Allah, lepas ni nanti bolehlah acap sikit buat catatan di sini.
Setelah sekian lama(1995) aku memiliki sekeping tanah untuk bercucuk tanam dan menyihatkan badan, dengan belanja yg dah begitu banyak aku curahkan, daripada membeli rm5000, kemudian membersih rm6000, memagar rm600 + usaha penat lelah dan masa. Alhamdulillah...istiqamah aku selama itu telah Allah limpahkan rezeki dgn berbuahnya rambutan dan durian yg telah tersedia ada sewaktu membeli tanah itu.
Rambutan, baru saja aku petik hasilnya dalam 20kg...tidaklah banyak, kerana hanya sepokok saja yg berbuah, berserta pulak bersaing dengan makhluk Allah yg lain iaitu kera/monyet dan menekoh(kera lontong) yang memang di situ merupakan kampung mereka. Tetapi, benarlah dari apa yang telah Allah janjikan....rezeki itu hanya akan dapat kita rasa apabila kita berusaha dan bertawakkal kepadanya dan bersabar atas apa-apa saja ujian Nya.
Nikmat dapat dirasakan bila Allah kurniakan rezekinya dalam bentuk yg kita harapkan....Alhamdulillah.
Disamping makhluk lain merasainya....aku, isteri dan anak-anak, jiran-jiran dan kawan-kawan pejabat turut dapat merasainya...semuga Allah berkatinya.
Dan sekarang, dalam proses membersihkan kesemua kebunku untuk aku tanam dgn tanaman karas dan majukan 2 kolam ikan yang masih bersemak itu.
Ancaman babi hutan masih lagi aku cuba atasi...agak sukar sikit, kerana jenis yg tunggal ni agak besar dan seka melompat pagar....kuat.
Insya-Allah nanti, aku bercadang utk menternak kambing dan lembu bagi menampung keperluan sendiri dan kalau ada rezeki lebih....dapat bersedekah sekadarnya.

Sekian dulu, jumpa lagi...

Sunday, February 1, 2009

Wednesday, December 17, 2008

Alam hijau

Assalamualaikum,
Alam ini diciptakan Allah dgn 70% nya berasaskan warna hijau.Menarik, sehinggakan kedalam syurga...Allah muliakan mereka yg Allah redhai dgn tempat berwarna hijau.